SERVICE I REPAIR I INSTALL

Bagi melakukan sesuatu pemasangan aircond anda kenalah tahu  tentang pemilihan kuasa (horse-power) penghawa dingin yang betul untuk sesebuah bilik. Jika kuasa ini tidak cukup kuat, ia mungkin akan mengakibatkan penghawa dingin bekerja keras untuk memenuhi ruang dengan suhu yang ditetapkan. Salah satu cara untuk memudahkan anda memilih kuasa (horse-power) penghawa dingin ini ialah dengan mengira BTU.

BTU Bermaksud British Thermal Unit. Pemilihan BTU yang betul untuk sesebuah ruang bagi penghawa dingin akan membolehkan penghawa dingin digunakan secara optimal, tidak terlebih beban, dan tidak kekurangan beban. Anda tidak boleh memasang 2.0HP untuk sebuah ruang yang kecil walaupun dengan cara ini akan lebih cepat menyejukkan ruang atau bilik anda. Begitu juga anda tidak boleh menggunakan 1.0HP untuk ruang yang terlalu besar kerana ia akan meningkatkan penggunaan tenaga untuk menyejukkan ruang. Bagi melakukan sesuatu pemasangan penghawa dingin kami sarankan agar anda merujuk juruteknik yang bertauliah.


Pemasangan Indoor Unit

Bagi mendapatkan hasil yang optimum cara pemasangan indoor unit hendaklah mengikut cara-cara yang betul. Antaranya indoor unit janganlah dipasang di tempat yang panas seperti dinding yang terkena bahang cahaya matahari secara langsung. Jarak antara siling dan penyaman udara seharusnya tidak terlalu dekat dan sekurang-kurangnya terdapat ruang 7.5 cm atau lebih. Indoor unit juga tidak sesuai dipasang di lokasi berhampiran dengan pintu. Ia boleh mengurangkan kadar penyejukan bilik kerana udara sejuk mudah keluar dari bilik. Cuba minimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap. Ini boleh membantu menggurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan. Lebih baik lagi jika anda dapat pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk. Bagi aspek keselamatan pula indoor unit kenalah dipasang di dinding yang kukuh. Pemasangan di dinding yang tidak kukuh akan menyebabkan unit bergegar, bunyi bising dan bahaya kepada pengguna.

Pemasangan Outdoor Unit

Keadaan tempat pemasangan merupakan salah satu faktor yang sangat penting untuk pemasangan penyaman udara. Jika keadaan sekeliling tidak sesuai, ia akan menyebabkan masalah di kemudian hari. Antaranya lokasi unit luar hendaklah dipasang jauh dari tempat air berkumpul terutamanya ketika hujan. Ia boleh menenggalamkan unit sekaligus merosakkan ia. Malah, walau hanya jumlah air yang kecil turut boleh menghakis badan dan bahagian dalam unit tersebut dalam jangka masa panjang. Outdoor juga hendaklah dipasang di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus seperti di ruang terbuka. Pastikan pembebasan haba dari unit luar tidak terhalang. Unit luar hendaklah dipasang tanpa halangan di bahagian luar. Jika unit luar berada di bawah, elakkan dari meletakkan barang-barang di atas dan depan unit kerana ini menghalang proses pemindahan haba.


Kepentingan Memasang Pendingin Udara Yang Betul :

Memanjangkan jangka hayat sesebuah penyaman udara

Mengurangkan risiko kerosakan komponen-komponen
dalaman sesebuah penyaman udara

Penyaman udara dapat menghasilkan udara sejuk yang
anda inginkan dengan lebih efisen.

NAK PASANG AIRCOND?

Hubungi Kami 011-57704138