Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu kerosakan major dan kerosakan minor.
i) Kerosakan major
Kerosakan major berlaku apabila pemampat (Compressor) unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.
ii) Kerosakan minor
Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.
Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!
Antara kerosakan yang biasa terjadi:
Aircond tak hidup, Aircond tidak sejuk Kipas luar tidak berpusing, Air menitik, Bunyi bising dekat outdoor unit, Remote tidak boleh On.
Komponen Yang Biasa Rosak
1-Papan Litar
2-Receiver Sensor
3-Cooper Sensor
4-Kapasitor
5-Gas Kurang
6-bellitan Motor Haus
7-Sistem Pendawaian Reput Atau Putus.
8-Terminal Wayar
9-Kipas Outdoor Tak Pusing Atau Pusing Slow
10-Cooling Coil Rosak
11-Cooper Bocor
JAMINAN KERJA
Kami memberi jaminan segala kerja baik pulih yang dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan. Segala kerja pembaikan dan penukaran komponen akan dibincangkan dahulu dengan anda dan kami akan memberitahu dahulu segala kos yang terlibat dengan anda.