SERVICE I REPAIR I INSTALL
Service aircond

Unit penyaman udara perlu diservis secara berkala oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum dan selamat. Antara sebab-sebab anda perlu servis aircond ni adalah bagi memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara anda, membersihkan udara, mengelakkan kebocoran, dapat menjimatkan elektrik, dapat mengesan masalah /kerosakan lebih awal, dan yang paling penting adalah keselamatan anda.

Servis Outdoor Unit

Perlu diservis secara berkala kerana kedudukannya biasanya terletak di ruangan terbuka dan mudah kotor. Komponen dalaman outdoor unit perlu dijaga dan dibersihkan bagi melancarkan lagi aliran haba keluar dan dapat memanjangkan jangka hayat sesebuah outdoor unit.

Servis Indoor Unit

Perlu diservis secara berkala bagi memastikan udara sejuk yang disalurkan ke ruangan bersih. Komponen dalamannya juga perlu dijaga bagi mengelakkan masalah seperti air menitik, pendingin udara tak sejuk, dan bagi memastikan jangka hayat sesebuah indoor unit lebih lama lagi.


Kenapa perlu servis aircond?

Aircond tidak sejuk adalah masalah biasa yang terjadi di Malaysia. kebiasaannya hanyalah disebabkan tidak servis. Bagi menjaga jangka hayat dan yang paling penting agar aircond anda dapat berfungsi di tahap terbaik yang anda inginkan anda kenalah rajin-rajin servis. Aircond yang kotor boleh mendatangkan banyak masalah seperti tak sejuk, pembawaan udara kotor dan boleh memendekkan jangka hayat aircond anda. Bagi menjaga aircond anda kami sarankkan agar anda melalukan servis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Penapis udara tersumbat

Penapis udara sangat lah penting bagi sesebuah aircond.jika penapis udara anda tersumbat dengan debu ini boleh mengakibatkan aliran udara aircond lemah sekaligus menyebabkan aircond anda tak sejuk.jadi bagi memaksimumkan prestasi aircond anda kena rajin-rajin lah cuci penapis aircond anda.

Kompresor tersumbat atau kotor

Kompresor ni terletak di outdoor unit setiap aircond.bagi memaksimumkan prestasi aircond anda kompresor ni juga haruslah berada dalam keadaan baik dan bersih. jika kotor dan tersumbat dengan debu, ini boleh menghalang kitaran udara dan gas dalam di sesetiap unit aircond. kedudukan outdoor anda juga haruslah ditempat yang baik. Jika terdapat halangan seperti rumput dan pokok anda kenalah rapikan tumbuhan agar outdoor unit anda dapat menyalurkan udara panas keluar tanpa sebarang halangan.

Gegelung kondenser tersumbat

Bagi yang tidak tahu gegelung kondenser ini terletak di outdoor unit aircond anda. Kondenser adalah salah satu saluran untuk menukarkan haba dalam sistem penyejukan. ketika aircond di hidupkan kondenser ini akan menghilangkan haba panas dan akan dialir keluar. Jadi jika kondenser ini tersumbat segala haba panas yang ada tidak dapat dialir keluar sekaligus dapat membantutkan prestasi aircon anda.

Paip saluran air buang tersumbat

Seperti yang anda tahu fungsi aircond ni adalah untuk mengalirkan udara sejuk di setiap ruangannya. bagi menghasilkan udara sejuk ni aircond akan menyingkirkan lembapan yang terdapat di udara dan lembapan ini akan di alirkan keluar melalui paip saluran air buang yang terdapat di setiap aircond. jika saluran paip ni tersumbat oleh debu dan kotoran maka air akan bertakung dan boleh menyebabkan aircond anda leaking. jadi kami sarankan agar anda sentiasa membersihkan segala debu dan kotoran di aircond anda.

NAK SERVIS?

Hubungi kami 011-57704138