Soalan Yang Kerap Ditanya
Berdasarkan pengalaman, kami akan memberitahu tentang soalan-soalan yang kerap ditanya pada kami mengenai masalah-masalah aircond yang sering terjadi.
Aircond tak sejuk ni banyak punca dia. Selain dari gas tak cukup, Kebanyakannya berpunca dari aircond yang tak servis. Aircond yang kotor dan berdebu ni akan menyebabkan banyak masalah pada komponen dalamannya seperti penapis udara, Kompresor, drain pipe, dan gegelung kondensor tersumbat disebabkan debu tadi. Jadi bagi menjaga aircond anda kenalah rajin-rajin servis mengikut jadual
Dengan membiarkan aircond anda digunakan setiap masa walaupun anda tiada di rumah adalah tidak efisien kerana menyebabkan penggunaan tenaga lebih tinggi. Ia juga boleh merosakkan sistem aircond anda. Gunalah aircond anda bila perlu saja kerana boleh memanjangkan hayatnya hingga beberapa tahun. Buangkan kebiasaan ini sekarang, dan anda akan rasakan perbezaan dalam bil utiliti. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa dengan mengubah suhu thermostat hanya 1 darjah sahaja boleh menyebabkan aircond anda bekerja lebih 5% – anda boleh berjimat atau membuang duit dalam jangka masa panjang. Pilih suhu yang sesuai untuk anda dan keluarga.
Boleh. Pertama sekali tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah! Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari. Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas. Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan aircond dan berselimut. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur. Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi anda tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika anda tetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut. Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik. Menyelenggara aircond anda adalah perlu dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek. Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
Ya boleh, kalau aircond anda kotor dan dipenuhi habuk. Penapis air cond memainkan peranan penting iaitu menapis bahan tencemar di dalam bilik ketika aircond dihidupkan. Penapis udara yang kotor dapat memberi kesan yang negatif terhadap prestasi penyejukan unit aircond anda. Apabila penapis anda kotor, bukan hanya kualiti udara sahaja terjejas namun udara juga tidak dapat melaluinya dengan mudah dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan kulat. Bakteria dan kulat ni lah yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan boleh mendatangkan penyakit kepada pengguna seperti alahan, keletihan, demam dan selesema. Orang yang mempunyai kulit sensitif juga akan berhadapan dengan kulit yang kering dan gatal. Dalam kes yang serius, terdapat juga gejala yang membawa kepada penyakit air cond, atau penyakit legionnaires dalam terma perubatan.