Juruteknik yang terlatih dan berkemahiran tinggi. Kami menggunakan alatan yang terkini dan moden untuk memastikan kerja-kerja dapat disiapkan mengikut mingikut kehendak pelanggan.
Tiada caj tersembunyi untuk harga yang kami beri. Jika ada pertambahan kos seperti komponen yang perlu di ganti semasa kerja dijalankan, kami akan memaklumkan terlebih dahulu dan menerangkan keperluannya bagi mendapatkan persetujuan pelanggan.
Menerapkan prinsip kejujuran dan mengutamakan privasi pelanggan. Melaksanaan sistem dan proses kerja mengikut pematuhan kepada kod-kod etika yang telah ditetapkan.
Kami sangatlah menitik beratkan masa, sama ada masa anda ataupun masa kami. Bagi memastikan semua kerja berjalan lancar, kami akan menelefon anda terlebih dahulu sebelum datang ke rumah pelanggan dan memberitahu anggaran tempoh masa yang diambil untuk melakukan suatu kerja.
Memberi jaminan 3 BULAN untuk perkhidmatan yang kami lakukan demi untuk kepuasan hati pelanggan . Jaminan seperti ini tiada dimana-mana syarikat lain.
Meskipun kami bertapak di Seri Kembangan dan menyediakan perkhidmatan di kawasan sekitar seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Serdang. Kami juga bersedia untuk memenuhi kehendak pelanggan di seluruh Lembah Klang.
Mempunyai kelulusan dalam bidang pendingin udara. Pengalaman kami bukan sahaja mengenai pendingin udara rumah, tetapi merangkumi pejabat, bangunan, surau dan lain-lain.
Juruteknik berpengalaman kami akan memastikan segala kerja yang dilakukan dalam keadaan baik dan selamat. Pihak kami juga memberi jaminan penggunaan bahan pencuci/kimia yang digunakan adalah selamat dan mesra alam.
Kami menawarkan perkhidmatan servis, baiki dan pemasangan bagi semua jenis aircond.