Aircond kurang sejuk ni salah satu sebabnya ialah “Gas Bocor”. Samada memang dari asal pemasangan ataupun ada nut pada aircond yang tidak ketat. Pernah juga terjadi selepas servis aircond anda rasa tak sejuk selepas beberapa hari. Kes begini biasanya disebabkan nut tidak ketat ataupun terlebih ketat sehingga merosakkan copper aircond tersebut.
Ianya mungkin juga cooper pipe pecah dan sambungan pipe yang tidak kemas,ada juga kes yang berlaku kebocoran berlaku pada evaporator aircond. Jika aircond anda terdapat kebocoran pada evaporator coil, kami cadangkan tukar baru sahaja. Kes seperti ini selalu nya unit dah lama, sebaiknya tukar aircond baru sahaja.
Manifold Gauge
Untuk membuat kerja-kerja berkaitan pendingin hawa kegunaan manifold gauge amatlah penting. Jadi kepada pengguna yang mahu melakukan sendiri anda kenalah mempunyai alatan yang cukup dan tahu menggunakannya. Jika tidak kami sarankan anda mendapatkan khidmat pakar bagi mengelakkan kerosakan serius lagi.
Antara kegunaan Manifold gauge ni ialah :
1-Melakukan kerja-kerja Pump down sistem
2-Memvakum sistem penyaman udara
3-membaca suhu sepadan
4-Menguji Kebocoran
5-Membaca tekanan tinggi & tekanan rendah sistem penyaman udara
Clamp Meter
Kegunaan alat ni semasa proses pengisian gas aircond rumah adalah untuk mengenalpasti arus elektrik (amp) outdoor unit sesebuah pendingin hawa. Gas yang diisi akan disukat menggunakan alat ni dan manifold gas.
Antara Kegunaan Clamp Meter ni ialah :
1-Untuk mengenalpasti amp elektrik
2-Untuk mengenalpasti nilai rintangan elektrik
3-Mengesan kebocoran arus elektrik
Jenis-jenis Gas Aircond Rumah:
R22 – Sehingga sekarang masih digunakan dan sangat tahan, sejak inverter wujud, jenis ini dipanggil non-inverter. Popular digunakan utk aircond rumah, ofis, masjid dan bangunan.
R32 – Digunakan pada era 90an namun sangat jarang dijumpai pada zaman ini kerana kualiti gas yg tak tahan lama juga sgt tajam yg dapat merosakkn piston compressor. (Perlu diingati sesetengah technician guna gas cap ayam atau brand china dicampur R32 dan R22 masa kini, jadi anda semua hendaklah hati2 ye..bau tengik dan bnyk minyak).
R410a – gas diguna pakai dalam system inverter, kerana kestabilannya dan kualiti yg mengagumkan, memanjagkan jangka hayat compressor dan ozone friendly. Memberi kesejukan serta merta. Gas yg mudah meruap dan cepat drop jika compressor jarang berfungsi (aircond lama tak on). Terkini aircond non-inverter juga ada yg dah pakai R410a seperti SHARP dan SAMSUNG.