SERVICE I REPAIR I INSTALL
Aircond Kejap Hidup Kejap mati
13
November

By freo / in /

Semalam dapat panggilan dari customer bgtau aircond tak hidup. so, kitaorg set la jadual dtg hari ni. bila kita dtg. tetiba aircond boleh hidup plak. soalan disini mcm mana boleh jadi mcm ni?

ini jawapannya: bila aircond terlalu kotor evaporator akan diblok oleh habuk. evaporator tu apa? korang tengokla gambar kat atas tu. kadang org panggil bende tu coil. evaporator ni fungsi dia menyejukkan dan bila sejuk blower atau kipas kat indoor unit akan tolak sejuk tu ke ruangan bilik. sbb tu korang akan rasa sejuk.

apa jadi kalau evaporator kotor? evaporator akan beku dlm masa yg sama sensor akan hntar signal ke indoor supaya current keluar ke outdoor dihentikan.

kesimpulannya: servisla aircond korang mengikut jadual. mcm servis kereta la. kalau hari2 guna servisla 6 bulan sekali. kalau jarang pakai setahun sekali.

apa2 pun terima kasih kepada En. Rahman kerana mempercayai perkhidmatan kami. 6 bulan lagi kami akan hubungi semula utk pastikan aircond tuan sentiasa sejuk.

Evaporator Kotor

Kami akan membuang segala macam jenis kotoran dan debu yang akan menyebabkan prestasi aircond anda terbantut.

Evaporator Bersih

Evaporator yang bersih juga dapat menjimatkan bil elektrik rumah anda. Ini kerana pengaliran udara sejuk ke ruangan lebih efisen dan boleh menyebabkan sesuatu ruangan tu sejuk dengan lebih cepat lagi.

Bagi mendapatkan prestasi optimum aircond anda kenalah berada di tahap terbaik. Penjagaan dan penyelenggaraan juga mestilah mengikut jadual yang betul bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.



Freoadmin

SERVICE / REPAIR / INSTALLATION AIRCOND


Leave Comments